STEMEC adalah singkatan kepada Penerokaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, yang merupakan galeri bertema robotik. Ayuh, Cetuskan idea sains maya dan inovasi ke dunia nyata!
STEM JUNIOR RESEARCHER
Pembudayaan STEM Yang Dikendalikan oleh Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) dan dijana Oleh Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI).
Matlamat : Menyediakan program kepada murid sekolah menengah rendah yang bersifat holistik dalam bidang penyelidikan dan pengumpulan data serta mengasah bakat soft skills.
MICROBIT WORKSHOP
Program Meet The Scienster yang diadakan pada cuti sekolah khas untuk anak-anak yang minat dengan komputer dan robotik. Pelajari Coding ringkas dengan microbit di Galeri STEMEC.
GALERI SPARK YOUR CREATIVITY
Galeri Spark Your Creativity menekankan konsep kitar semula bagi mempraktikkan gaya hidup kreatif dan mesra alam. Anda boleh mendapatkan pengalaman inventif menggunakan meterial terpakai, dengan panduan daripada Sciensters.