SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Apakah waktu operasi PSKT?
Waktu operasi PSKT boleh merujuk di halaman akses.
2. Adakah dikenakan bayaran bagi mengunjungi PSKT?
Bayaran akan dikenakan kepada pengunjung PSKT mengikut usia.
3. Berapakan harga tiket untuk pengunjung ke PSKT?
Harga tiket untuk pengunjung ke PSKT boleh merujuk di halaman Info Pelawat.
4. Adakah pembelian tiket boleh dilakukan atas talian?
Hanya tempahan tiket sahaja yang dibenarkan buat masa sekarang. Sebarang pembayaran perlu melalui kaunter utama kami. Tempahan tiket boleh dilakukan secara atas talian di sini.
5. Adakah PSKT beroperasi pada musim cuti persekolahan dan juga cuti umum?
PSKT beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat, Hari Raya pertama dan kedua Aidilfitri dan Aidiladha. Namun sebarang perubahan akan dihebahkan di laman sesawang kami.
6. Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PSKT?
PSKT menyediakan pelbagai aktiviti sains yang menarik untuk diterokai. Boleh layari laman web kami untuk melihat galeri-galeri dan aktiviti yang disediakan.
7. Adakah saya perlu membuat tempahan lawatan dahulu sebelum kunjung ke PSKT?
Pihak PSKT menggalakkan pengunjung untuk membuat tempahan secara atas talian namun boleh mengunjungi terus ke PSKT pada hari lawatan.
8. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan PSKT?
Sebarang maklumat berkaitan dengan PSKT boleh didapati terus dengan melayari laman web kami di https://pskt.com.my atau media sosial rasmi kami.
9. Dimanakah terletaknya lokasi PSKT?
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu terletak di Kampung Laut Cendering,21080 Kuala Terengganu, Terengganu
10. Apakah perkhidmatan dan kemudahan lain yang disediakan oleh PSKT?
PSKT turut menyediakan perkhidmatan pakej sewaan untuk memudahkan agensi-agensi bagi menjalankan program dan aktiviti. Antaranya:
i. Pakej Bilik Seminar
ii. Pakej Dewan Auditorium
iii. Pakej Ruang Serbaguna
Sebarang persoalan lain bolehlah dikemukakan melalui emel rasmi kami official@pskt.com.my atau media sosial rasmi kami.