Trick Challenge merupakan satu bentuk permainan sains yang memberikan keseronokan kepada pelajar dalam mempelajari ilmu sains. Hal ini demikian kerana kebanyakan pelajar menyatakan mempelajari sains amat sukar dan ini melunturkan semangat mereka untuk memilih bidang sains sebagai subjek pilihan mereka. Dengan adanya permainan ini ianya memberikan pengetahuan kepada pelajar bahawa sains itu menyeronokkan dan banyak perkara- perkara menarik yang boleh diterokai.