GALERI PAMERAN

GALERI I-WONDER
Ayuh mengembara ke galeri i-Wonder. Terokai keajaiban sains dan teknologi semasa meneroka ke galeri ini. Serlahkan kebudayaan sains ke dalam gaya hidup anda!

GALERI NATURE DISASTER
Alami fenomena Bencana Alam yang tidak dapat dielakkan di Galeri Nature Disaster. Rasai dan fahami sendiri setiap kejadian yang berlaku di sini.

GALERI DOME SHOW
Dome Show ialah galeri yang menayangkan video tiga dimensi (3D). Alami pengalaman menonton filem di dalam kubah yang boleh memberi anda pengalaman baharu yang tidak dapat dilupakan.

GALERI SCIENCE STAGE
Memperkenalkan Science Awesome di Science Stage, demonstrasi sains ringkas yang disampaikan secara santai oleh Scienster dengan menarik dan mengujakan!

GALERI FUNOVATION
Funovation merupakan galeri untuk kanak-kanak yang menarik di mana anak-anak anda boleh bermain permainan ringkas yang menarik dan mengujakan sambil mempelajari asas-asas sains bersama Scienster yang bertugas.

GALERI STEMEC
STEMEC adalah singkatan kepada Penerokaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, yang merupakan galeri bertema robotik. Ayuh, Cetuskan idea sains maya dan inovasi ke dunia nyata!

GALERI SCI KID DISCOVERY
Galeri ini menyediakan ruang hiburan kanak-kanak dalaman yang menarik di mana anak-anak anda boleh bermain sambil belajar!

GALERI READING THINKING
Alami pengalaman santai dan tenang apabila memasuki Galeri Reading Thinking ini. Dengan suasana yang kondusif dan selesa, anda boleh membaca buku-buku yang disediakan di sini serta berinteraksi dengan Scienster yang bertugas di sini.