STEM PROJECT
STEM Project merupakan satu aktiviti sains berbentuk bengkel yang dijalankan secara berkumpulan dikalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelajar perlu membuat 2 tugasan berbentuk projek sains dalam masa yang telah ditetapkan.
Modul projek yang dipilih bergantung kepada kesesuaian umur dan tempat yang sekolah sediakan. Modul aktiviti sentiasa diperbaharui mengikut mengikut pembelajaran STEM terkini dan silibus pembelajaran mereka bagi memastikan pelajar mengenali, mempelajari, mendalami, meminati serta menerokai ilmu sains yang pelbagai.
Setiap aktiviti yang dijalankan berbentuk pertandingan berkumpulan yang menguji daya kreativiti serta kerjasama berpasukan. Hadiah dan sijil disediakan sebagai tarikan penyertaan.