Microbit Coding Workshop 2022

PENGENALAN

Bersesuaian dengan slogan “Cabang Informasi Pembelajaran”, PSKT telah merangka satu program iaitu Micro:Bit Coding Workshop sebagai satu inisiatif bagi mengembangkan ilmu sains digital kepada masyarakat terutamanya pelajar-pelajar dan para pendidik.

Micro:Bit Coding Workshop merupakan satu program pengturcaraan yang mengawal komputer dalam memberi sesuatu arahan. Aktiviti ini akan mendedahkan pelajar dengan bahasa yang diguna pakai oleh komputer iaitu kod binari. Oleh itu, pelajar akan mula memahami bagaimana atur cara komputer digunakan untuk mengawal litar elektronik di dalam teknologi seharian.

Program ini dirangka memandangkan pembelajaran sains digital yang meluas telah diajarkan dalam sistem pendidikan Malaysia. Program ini juga dapat membantu pelajar dan guru dengan pendedahan pembelajaran interaktif secara praktikal yang memberi faedah dan impak kepada mereka secara terus dalam mengaplikasikan teknologi terkini. Ilmu yang diperolehi mampu membantu para peserta dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam kemahiran pengaturcaraan yang bermanfaat bagi memenuhi kriteria silibus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah.

Program seperti ini sangat bermanfaat untuk para pelajar di mana kemahiran pengaturcaraan yang diperolehi dapat dimanfaatkan secara terus oleh para pelajar terutama bagi subjek Rekabentuk Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK).

OBJEKTIF PROGRAM

• Membantu pelajar dan guru asas kepada pengaturcaraan komputer.
• Mengenali nama setiap komponen elektronik, fungsi dan cara pemasangan litar elektronik.
• Memberi kemahiran kepada pelajar terutama bagi subjek Rekabentuk Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK).
• Mempelajari fungsi penggunaan micro:bit dalam kehidupan seharian.

MAKLUMAT PROGRAM

• Tarikh : Bergantung pada tempahan
• Tempat : Galeri STEMEC / Bilik Seminar PSKT / Online
• Masa : 8 jam ( 9.00 Pagi – 4.00 Petang)
• Peserta : 10 – 20 orang

Pakej ini tertumpu kepada kumpulan guru dan pelajar sekolah yang berumur 9 tahun dan ke atas.

SIAPA YANG BOLEH SERTAI?

• Pelajar sekolah / Guru-guru
• Pelajar IPT / Belia
• Komuniti / JPKK

JADUAL PROGRAM

SENARAI PAKEJ

Scroll to Top