AKSES YANG CEPAT & PANTAS KE PUSAT SAINS & KREATIVITI TERENGGANU
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu merupakan satu-satunya tempat pembelajaran sains dan teknologi yang terletak di negeri pantai timur. Lokasi Pusat Sains & Kreativiti Terengganu ini adalah di Kampung Laut, Chendering, Terengganu.
TEMUI KAMI
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
Kampung Laut, Cendering
21080 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
HUBUNGI KAMI
Tel : +609-617 4004
Faks : +609-617 4005
Email : official@pskt.com.my
NOTA : KAMI BOLEH DIHUBUNGI PADA WAKTU BEKERJA
(SABTU – RABU : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
(KHAMIS : 8.30 pagi hingga 4.00 petang)
BAGAIMANA CARA ANDA BOLEH KE SINI
Kenderaan Persendirian
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu terletak di Kampung Laut, Cendering. Anda boleh menggunakan aplikasi waze atau google maps untuk ke sini. Search sahaja Pusat Sains & Kreativiti Terengganu dan anda pasti akan menjumpai kami.
Menaiki Kenderaan E-Hailing
Menaiki Teksi
Perkhidmatan teksi sangat popular untuk menuju ke sesebuah destinasi di sekitar negeri Terengganu. Perkhidmatan Teksi boleh didapati di mana-mana sekitar Negeri Terengganu atau boleh menaiki teksi dari Stesen Teksi Kuala Terengganu. Bayaran akan dikenakan oleh pihak pemandu teksi berdasarkan jarak anda ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu.
Menaiki Kapal Terbang
Jika anda datang dari luar Negeri Terengganu menaiki kapal terbang, anda akan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu. Daripada LTSM anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi lapangan terbang untuk terus datang ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT). Bayaran akan dikenakan berdasarkan jarak anda dari LTSM ke PSKT
Menaiki Bas Kite
Bas Kite sangat popular di negeri Terengganu. Anda boleh menaiki bas kite di terminal bas MBKT laluan C01B (jadual seperti dibawah) untuk ke PSKT.