Bahagian Pameran & Pendidikan Sains (PPS) ini bertanggungjawab dalam mengendalikan Pameran Sains di PSKT serta Program-Program yang berkaitan STEM, Pembangunan Modul, Mentoring Kreativiti dan Inovasi
PROGRAM PENGGALAKAN SAINS INOVASI (PPSI)
Bahagian Program Penggalakan Sains Inovasi (PPSI) merupakan bahagian yang menjalankan program / aktiviti berkonsepkan Sains Teknologi dan Inovasi (STI) di luar PSKT (outreach). Penubuhannya bertujuan memberikan pengetahuan, mempromosi, mendidik serta meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap sains, teknologi dan inovasi kepada masyarakat.
KAJIAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)
Bahagian ini berfungsi untuk menjamin kualiti dan kecekapan produk dan penyelidikan serta pembangunan melalui R & D yang cekap, inovatif, progresif, mampan dan saintifik.
Merancang, mempromosi dan mengadakan pameran berkaitan produk R & D yang dijalankan.
Peranan Bahagian adalah untuk peningkatan hasil PSKT secara berterusan melalui kaedah-kaedah pelaksanaan R & D.
BAHAGIAN ICT & MULTIMEDIA
Bahagian ICT & Multimedia menguruskan dan menyediakan perkhidmatan ICT & Multimedia yang optimum bagi menyokong dan melancarkan pengurusan pentadbiran, kewangan, program, korporat, kejuruteraan dan pembangunan perniagaan serta membudayakan ICT menerusi teknologi terkini.
BAHAGIAN KORPORAT
Bahagian korporat merupakan bahagian yang memperkenalkan dan mempromosikan produk PSKT serta bertanggungjawab dalam perhubungan awam bagi melebarkan lagi nama PSKT sebagai Pusat Sains terbaik di Malaysia.
PEMBANGUNAN & PENYELENGGARAAN
Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan bertanggungjawab dalam memastikan keperluan pembangunan dan penyelenggaraan berada dalam keadaan yang kondusif menerusi kepakaran serta pengalaman.
Building Perspective
Complex Cross Section of Science & Creativity Center
BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN
Bahagian Pentadbiran berperanan dan bertanggungjawab di dalam memberikan perkhidmatan dan sistem pentadbiran, hal ehwal sumber manusia dan pembangunan organisasi yang cemerlang dan berkualiti bagi menjadikan perkhidmatan yang efisyen agar pengurusan berjalan lancar, cekap dan berkesan serta mencapai objektif PSKT.
Bahagian Kewangan berperanan bagi merancang, melaksana, mengawal dan menilai pengurangan kewangan PSKT supaya diuruskan secara cekap, ekonomik, efisyen dan berkesan.