KEMUDAHAN AWAM

CAFETARIA
Galaxy Cafetaria
KEDAI SOUVENIR
Wat Kenang Souvenir Shop





















KEMUDAHAN KHAS
Kemudahan Untuk Pengunjung Kami
Ibu bapa yang ingin melancong dengan menerokai ilmu sains yang menarik dan menakjubkan bersama anak-anak boleh menikmati percutian keluarga anda bersama kami di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu. Pelbagai kemudahan di PSKT yang diperlukan untuk keselesaan anda dan anak anda ada tersedia di sini.

Bilik Penyusuan
Kami menyediakan bilik khas untuk kemudahan ibu-ibu yang menyusukan bayi, lengkap dengan kerusi dan kemudahan mencuci untuk ibu-ibu menyusukan bayi mereka dalam persekitaran yang selesa, tenang dan privasi.

Kawasan Rehat Ibu Bapa
Kami mempunyai ruang rehat, iaitu tempat duduk yang selesa di setiap ruang legar PSKT untuk pengunjung berehat semasa lawatan.

Ruang Solat /Surau
Kemudahan ruang solat bagi lelaki dan perempuan yang beragama islam juga disediakan bertempat di aras 1.
Kemudahan Khas Untuk Pelawat Berkeperluan Khas
Kami memberi layanan istimewa setiap individu yang datang melawat di PSKT. Kesemua kemudahan yang disediakan seperti laluan khas OKU, lif, kaunter tiket, tandas OKU dan panduan taktil boleh digunakan oleh golongan kelainan upaya (OKU) atau individu yang berkeperluan khas seperti Warga Emas. Pegawai Khidmat Pelanggan kami yang mesra sedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Kerusi Roda
Kemudahan kerusi roda turut disediakan secara percuma kepada pengunjung yang memerlukan. Anda boleh ke kaunter utama dan berjumpa dengan Pegawai Khidmat Pelanggan bagi mengisi borang penggunaan kerusi roda sebelum lawatan galeri.

Tandas Berkeperluan Khas
Kemudahan tandas (OKU) yg dilengkapi tempat pemegang khas disediakan untuk memenuhi keperluan bagi pengunjung yang berkerusi roda.

Bantuan Keperluan Khas
Jika pengunjung memerlukan bantuan tambahan di PSKT, anda boleh berhubung dengan kakitangan yang bertugas atau terus ke kaunter utama, dengan ini pihak kami boleh menyalurkan bantuan dengan kadar yang segera.
Kemudahan Lain Untuk Membantu Anda

Perkhidmatan Perubatan
Pihak kami juga menyediakan kemudahan peti rawatan kecemasan bg memberi rawatan awal sekiranya terdapat sebarang kes kemalangan kecil semasa lawatan

Eskalator / Lif
Pihak PSKT menyediakan lif dan escalator,bagi memberi kemudahan untuk pengunjung ke setiap galeri bertempat sebelah kiri bangunan.

Tempat Letak Kenderaan
PSKT mempunyai kelebihan dalam menyediakan iaitu ruang parkir yang luas dan besar dan boleh memuatkan ramai pengunjung dalam satu masa. Ruang parker khas juga turut disediakan untuk pengunjung kelainan upaya (OKU). Kemudahan ini adalan percuma untuk semua pengunjung.

Lost & Found
Perkhidmatan pengumuman segera oleh pihak Pegawai Khidmat Pelanggan sekiranya pengunjung ada kehilangan barang atau harta benda yang bertempat dikaunter utama.