EKSPLORASI SETIU WETLANDS

Eksplorasi Setiu Wetlands adalah program yang diadakan sempena sambutan Worlds Wetlands Day yang telah diadakan pada 5 Februari 2022 di Jeti Kampung Gong Batu, Setiu. Program ini berkonsepkan explorace dimana setiap kumpulan perlu bersaing di setiap checkpoint yang disediakan untuk mendapatkan tempat pertama. Pelbagai halangan dan cabaran yang disediakan untuk peserta menyelesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Peserta yang terlibat dalam aktiviti ini adalah dari kalangan agensi kerajaan dan komuniti setempat di Setiu. Selain itu, pemilihan tempat-tempat menarik dari sekitar Kampung Gong Batu juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan produk-produk yang terdapat di kampung tersebut.

Pemenang bagi program ini adalah Majlis Daerah Setiu ( Juara ), Pejabat Daerah Setiu ( Naib Juara ) dan wakil komuniti dari kumpulan matahari ( Ketiga ). Kesemua pemenang telah membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak RM 600.00. Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah EPIC.

Scroll to Top