MENGINSPIRASIKAN SAINS & KREATIVITI DALAM MASYARAKAT
MISI
Memupuk serta membudayakan sains & kreativiti melalui program outreach dan inreach.
Menggalakkan kerjasama program dan aktiviti ke peringkat antarabangsa.
Merealisasikan cabang informasi pembelajaran melalui pengalaman.
MATLAMAT
Menjadikan PSKT sebagai salah satu tempat pembelajaran yang interaktif disamping memberi pendedahan tentang perkembangan inovasi dan kreativiti secara komprehensif.
FALSAFAH
Pembelajaran sepanjang hayat melalui penerokaan dan penemuan untuk menentukan minat sains dan teknologi untuk semua lapisan masyarakat
DASAR PSKT
Menggalakkan aplikasi pengetahuan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar dan seterusnya masyarakat di Terengganu, khasnya dan Malaysia, amnya. Membuka ruang dan peluang kepada masyarakat setempat khususnya untuk menyemai dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Sentiasa memberi komitmen untuk menambah baik secara berterusan selaras dengan Peraturan dan Pekeliling Kerajaan Negeri Terengganu yang berasaskan edu-tourism. Mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia dengan membudayakan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran sepanjang hayat yang berteraskan nilai-nilai Islam dan warisan.